PUTRAJAYA, 25 JUN: Empat abang bomba bertubuh sasa yang sering mencuri perhatian ramai pada perarakan sambutan Hari Kebangsaan sebelum ini terpilih mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam acara bina badan sempena temasya Sukan Polis dan Bomba Dunia 2025 (WPFG 2025) di Alabama, Amerika Syarikat (AS) hujung bulan ini.